Saturday, October 8, 2011

jubah untuk ibu ep. akhir

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Diari seorang ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

jubah untuk ibu ep.6

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.


“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 

Buat ibu yang sangat dikasihi, 

Ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.

Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…

UNTUKMU IBU! 

jubah untuk ibu ep.5

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.

Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

jubah untuk ibu ep.4

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek.

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah

Monday, August 8, 2011

jubah untuk ibu ep.3


Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati.

Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Tuesday, June 28, 2011

jubah untuk ibu ep.2

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.

Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

Monday, June 27, 2011

berkat membaca BISMILLAH

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

kisah pokok epal

“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagiselepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira,” kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nadapilu.”
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”

Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.
Tersebut.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuanmereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kinimelayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai merekasemasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

jubah untuk ibu ep.1

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

bersambung di ep.2  =)

Saturday, April 9, 2011

selagi hayatnya ada..

SELAGI HAYAT ADA....


  Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
 Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
 senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
 Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
 tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
 dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
 Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
 Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
 Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
 Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
 Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
 Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
 akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
 betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
 dengan wajah berseri-seri.
 
Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
 dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
 Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
 Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
 lewatnya minggu depan."
 
Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
 pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
 seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
 Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
 tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
 Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
 orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
 Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
 berunding," cadang Pak Uwei.
 Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
 kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
 nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
 rancangan Pak Uwei.
 Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
 hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
 lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
 bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
 ni." 
Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
 anaknya..
 Tapi bang?... "
  Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

 
Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang

 
dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.
Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
 ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.
 Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas
 bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
 anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
 seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
 sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
 gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
 besar tiga tahun lalu. 
Kini hubungan mereka seperti orang asing.
 
Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.
Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang
duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
cuba membuat abahnya faham.
 Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
 tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
 Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
 terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
 belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
 Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
 pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
  ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
 lagi!!"
 Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang
 Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
 bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
 Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
 Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
 pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan
 malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
 Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
 memulakan bicara.
 Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
 >
Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
 bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu
 sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
 hasratnya.
 Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. 
Az baru ajekeluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
 bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
 Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
 lewatnya minggu depan."
 
Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak
 pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
 budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
 Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
 PakUwei melindungi kekecewaannya.
 Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
 tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
 rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.
 Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis..
Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."
Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. 
Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
 yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei
 terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
 menghampakannya.
 Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
 dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
 meredakan keadaan.
 Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu
 lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
 pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun
 masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
 Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.. Walaupun orang tua itu tidak
 menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
 kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
 mengecewakannya begitu.
 Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak
 turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
 Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai

 
kain selendangnya.
Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
 
Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
 Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
 Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
 
Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
 abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng
 kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
 Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat
 anaknya itu menyisihkan diri.
 Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
 menikmati juadah tengah hari.
 Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
 Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
 Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh

 
mencapai pinggan.
Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. 
Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
 menghampiri mereka.. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
 yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
 membaca.
 
Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak
sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. 
"Abah ni... ke situ pulak...."
 "Habis tu?"
 "Ini... Buku Tabung Haji mak. 
Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
 
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua
 ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
 kenduri doa selamat sebelum
 berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
 Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
 bagai tidak percaya.
 "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
 Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
 kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini
 pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
 Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
 seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini
 Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
 nak naik haji. 
Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula taksihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
 pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
 tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
 sudah berkedut dimamah usia.
 "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
 selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
 akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
 sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
 dimusuhinya.
 "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
 gembira abah sudi terima pemberian Intan."
 "Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar
 Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
 "Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah
 mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
 "Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
 Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
 menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran
 bercampur hiba.
 "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
 memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
 "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
 nanti?"
 "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
 penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu.... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak

 
itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
> pesan Intan sambil memeluk emaknya. 
Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
 ............ ......... ......... .......
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.
 "Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
 
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
 "Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
 Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
 "Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
 tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
 
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
 wajah Intan.
 "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
 terasa hampa.
 "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
 menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
 suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
 begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut
 berasa bagai ada yang tak kena.
 "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
 panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
 cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman
 yang sedang memandu.
 "Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
 Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
 "Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
 abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
 bercakap pun hanya renung abah. 
Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
 "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
 ajak Azman menukar tajuk perbualan.
 
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.
"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
 di mana Intan. 
Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
 yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
 "Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
 menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
 "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.
 " KenapaAz ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan
 dan melangkah laju ke bilik Intan.
 Mak..Intan dah tak ada mak,Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
 Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
 mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
 "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
 tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
 pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
 "Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
 Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
 atas pemergiannya.
 Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
 "Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
 tersedu sedan.
 "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
 Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum
 mak dan abah balik.. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu
 lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
 hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
 Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
 mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,"
 cerita Muaz.
 Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
 memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
 bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
 belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
 doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

  
Tamat....
 

> Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
 sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
 sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
 bernyawa. 
Renung-renungkan. ....
 
     Ø     Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT  Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita  Seorang yg CELIK matanya  





__________________
 ~Melukis kekuatan melalui masalahnya..
~Tersenyum di saat tertekan..
~Tertawa di saat hati sedang menangis..
~Tabah di saat terhina..
~Mempesona kerana memaafkan..
~Mengasihi tanpa meminta balas..
~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
     ¯\(°_o)/¯

Thursday, March 17, 2011

terung yang haram

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi. Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.
Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati. Otaknya lalu berfikir; apa yang harus dilakukan? Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan. Dia memilih untuk mencuri.
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mahu, ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah. Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Ia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Ia melihat seorang wanita dari atap tersebut, ia segera menutup matanya dan menjauh.
Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, ia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun. Ia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Ia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.
akuislam.com


Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya. Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali. Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

Dia menjadi sangat menyesal. Ia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Ia lalu kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun karena sangat lapar, ia hampir tidak mengerti apa yang ia dengar. Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus. Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua. Ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”

akuislam.com
Syeikh Sulaim berkata“Ya.”
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu“Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”
Ia menjawab, “Ya.” Dia lalu memanggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan dua orang saksi. Akad nikahpun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata“Bawalah suamimu ini.”
Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata ia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.


Isterinya lalu bertanya“Mahukah engkau makan?”
Dia menjawab“Ya.”
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata“Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya. Isterinya itu segera berkata,“Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”

Tinggalkan yang Haram
Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam ”muzakarat”nya. Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.” Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas. Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).

Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda“Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”

Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”
Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).”
Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”